Monday, November 30, 2015

Suatu Hari Yang Ajaib, Dan Aku Pun Mula Berniaga

Assalam.

Hari ini saya nak cerita pasal minat berniaga.

Baru kejap tadi macam "ting!" dalam kepala masa buat kerja. So terus laju-laju buka blogspot bersawang saya dan sekarang menaip.

Saya sebenarnya tidak berapa pasti sejak bila pemakain saya berubah kerana saya pakai apa yang saya suka dan akan ulang-ulang perkara yang saya suka sahaja. Nampak macam teruk ke tak? Hahaha

Tapi bila fikir-fiikir saya anggarkan saya mula berminat pakaian muslimah apabila usia saya menginjak dewasa dan setelah saya bertukar kerjaya ke 2 saya setelah berkhidmat dalam 6 tahun di syarikat lama.

Zaman di syarikat la pemakaian saya tahap : T-shirt + Jeans + Selipar Jamban + Tudung Bawal.

Tahun-tahun terakhir baru saya mula memanfaatkan baju-baju kurung yang berlimpahruah (akibar menyambung pelajaran dahulu + baju raya 2 3 helai sekali buat). Selain itu mungkin sebab saya mengalami perubahan badan yang penuh isi! Hahah

Yes, peningkatan 10kg sepanjang kerjaya. Marvelous kan? Tambahan dah pandai pula nak segan-segan pakai elok-elok. Konon-konon aje. Tapi tidak la tahap makeup bagai gituh.

Masuk kerja ke 2 ini saya masih kekal pakai baju kurung sahaja. Senang. Tak payah fikir baju dan bawah nak match kan bagaimana. Kaki sah-sah selipar jamban jugak adanya. Hahaha. Zaman ini juga saya sudah mula pakai Tudung Awning. Haaaa..gituhhh. Zaman itu 2010. Haaaa..lambat kot pakai. Time tuh orang berzaman dah pakai. Kita baru nak mula.

Dan lepas itu zaman orang mula berjubah kan? kita ini macam belum tunjuk minat apa-apa pun. Sampai lah pada suatu hari sedang saya bersiap-siap nak pergi kerja. Saya tengok ada baaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak sangat baju-baju saya yang tidak pakai. Kebetulan zaman itu orang dah ramai gemar "preloved" item. Saya terfikir 

"apa kata aku jual aje? lagi pun elok lah dari biarkan berzaman. Duit sikit-sikit pun dapat" 

So saya mulakan dengan menjual baju kurung, blouse dan tudung. Mula-mula saya jual dalam FB Group. Macam-macam page Preloved saya joint! Lama-lama saya fikir... Nak memudahkan saya create satu Group "Prelove Baju Kurung Sahaja". Sebab saya fikir, lebih baik jual kepada page yang fokus berbanding dengan page yang jual segala macam mak nenek semua bercampur kan? Disamping itu sesiapa berminat boleh joint dan boleh sahaja menjual janji tepati term and condition page. Boleh buat duit poket ramai-ramai kan?

OK lah nak buat kerja. Nanti sambung. Last but not least....

So far, saya buka 2 FB Group untuk memudahkan diri sendiri dan orang-orang lain iaitu:






note:

Boleh la Follow jika berminat eh? bye!



 

No comments: