Friday, February 3, 2012

Tutorial Pasang Mozek/Tiles


Kan next week cuti lagi kan? Sempena Maulud Nabi hari Ahad, jadi dragged Isnin, Thaipusam pula hari Selasa. Jadi ada 4 hari cuti.

Jadi macam selalu kene mem-plan something utnuk memenuhi hari-hari cuti. Konon je ni. Back-up plan. Sudahnya kalau banyak aktiviti, ke belakang la nampak nya plan ni.

Rentetan WW #12...

Saja gatal Google. Kot-kota lah saya punya kerajinan tinggi bak buruh. Jumpa tutorial. SINI.

Dia cakap kena ada barang alatan tangan macam nih:


1) Jubin/ Mozek/ Tiles --> Setel. Cakap dah kat WW #12.



2) Sudip. Bukan sudip memasak goreng-goreng. Tapi Sudip simen ye adik-adik.

Image besar Google dengan keyword "Sudip simen"

3) Alat penguji spirit. Tak payah la main "spirit-spirit" of the coin" tuh. Lagha tuh!

 Image besar Google dengan kyword "Pengukur aras spirit"

4) Pasir 



5) Simen



Yang item 2-5 itu tiada masalah. Bole beli. Tetapi...tetapi...kaedah tuh...Jom tengok Video. Kata nak ilmu. Video Macam mana nak pasang mozek/tiles/jubin:





Haaaa...itu yang gue seram sikit. Den yakin kalau takat mengecat lantai parkey/parket den masih berani. Sebab macam enteng sahaj cuma masa dan kegigihan diperlukan. Den cakap berani sebab den dah try dah Cat lantai dulu. Cerita INI dan ITU. Oh dan INI LAGI. 3 sesi saya buat. gigih tak? dari tahun 2010 hingga 2011? Aduyaii! Rasa yang last Master bedroom. Tapi mana tah cerita dia. Hahahah!

Ini yang pasang jubin sendiri nih? Isk... Kalau masa sekolah Teknik dulu ambil jurusan "Binaan Bangunan", gue rasa...gue proceed saja dong! Kata skill ada. Ini buat pun tak pernah. Gerun nih...

Buat memang boleh buat. Tetapi kenangkan karang ada pecah-pecah bagai..huiii...fenat mak. Nak nangis ni.
Jadi..payah-payah upah sahaja la ye? Sedia duit la ye? So siapa yang mempunyai bakat ini? Hehehehe

* Tolong belanja saya pasang boleh ke? gigih ni Google...


No comments: