Monday, January 31, 2011

Selamat Hari Lahir Yuyu...



Salam...

Ehem..ehem...today is my sister's Birthday- Yuyu. Dah besar kamu ye. 19tahun sudah. Terbayang-bayang muka kamu dengan "pokok kelapa" atas kepala. Terbayang-bayang kamu masih kecil aku tolong tolak buaian laju-laju dekat taman permainan dekat TUDM. Sebab aku tolak laju-laju? Sebab aku nak main rounders. So bile sampai turn aku pukul bola, buaian itu still berhayun lagi dan kau tak nangis.

Kau ingat ke?

Hahahaha...mestilah tak kan. Sebab kau kecik cenonet lagi time tuh.. :-)

eh...korek pusat kau ingat tak? Huhuhuhhu

Malu eh? Normal la tuh, budak kecik. Lain lah besar pun buat..memang ah tak malu. Wajib seligi saja. Cess!

Ok...bajet macam entry "teaser" ah nih...

Yummy!


Ok lah... More update later lah...

Zoooomm!

Jawapan Kepada Tangan Gatal



Entry live in concert..eceh!

Ehem...

At the end...

Saya sudah jumpa jawapan mengapa tentang KES INI.

Alhamdulillah...Dengan nama Allah yang mengurniakan kesihatan badan dan jiwa yang baik demi mencari rezeki yang halal. Maha Mengasihani dan Maha Penyayang.

Saya dapat BONUS! Kami dapat bonus! Plus!Plus! Ang Pow! Wow!...berjoget dalam hati (Isk..annoying gile font in red with large size tuh kan? hahahaha...maaf kan saya...saya sangat keseronokan...harap maafkan saya, ok? )

Nah angpow..

Saya sangat lah tak sangka. Sebab saya baru sahaja kerja di sini. Ada can pulak terima bonus walau tak banyak kan. Cukup lah untuk buat extra payment macam-macam sikit kan.

Sangat terharu time kena panggil dengan Mr Boss Petang tadi. Baru Keluar terus buat entry. Ewah kau! Dapat bonus kau ambil kesempatan main-main ye? Shame on you.

Ini adalah entry penghargaan sebenarnya. Sangat tak sangka dapat. Biasa new staff mana nak dapat kan?

"Normally we haven't give Bonus to our new staff. But I'm happy with your performance. I'm satisfied with job. This is my appreciation to you. Everybody have no problems with you. You give full co-operation...bla..bla..bla"

(tak payah cakap banyak-banyak, biar saya saja yang tahu...bimbang muncul keriakan tanpa disedari)

--- actually may be ni normal saja. Biasa la, to motivate the workes, boss mestilah cakap something membina, rite?

Anyway...Alhamdulillah.. :-)


* Tak payah percaya sangat pasal tangan gatal tuh. Sebenarnya aku yang basuh tangan tak bersih atau aku tersentuh bukan-bukan kot. Hehehe...banyak sangat kuman nyer...

Semoga saya terus sukses dalam mencari rezeki, dan Allah permudahkan segala urusanku. Aaamiiin...

One Day on Saturday Evening...

Sebab tiada apa-apa aktiviti yang memenuhi poket-poket masa...

Tiba-tiba...rakan lama...merangkap geng dari zaman lama dulu...memang member ketat habis lah, since umur 10 tahun kenal. Till now still stick tapi sangat jarang bersua muka. Eceh! Dah mood nostalgia aku ni...

OK FINE.

Ayat konon nak puitis. Tapi dah bertukar macam aku duduk di Katmandhu ke New Delhi ke mana tah!

OK, Hafni ajak aku melepak berama-sama. Dah petang pun masa tu. Adalah dalam pukul 3ptg ke 4 ptg tah. Saja dia ajak keluar. Untuk release tension dan bertukar pandangan. Rasa macam offer dia datang pada masa yang tepat. Kan? So why not? I like! I loveeeeeeeeee to see friends sometimes. Even kalau kau ada teman lelaki si buah hati pengarang jantung pankreas pun, you still need friends. Percayalah. Even U love your BF/Suami pun, u still need AT LEAST a friend. Sebab...sometimes ada benda kau tak boleh nak share dengan pasangan. Betol tak? So kalau kau pendam, mungkin kau sakit jiwa pula...so untuk elak kau dari menghuni Rumah Bahagia..elok kau cari rakan untuk sama-sama gila kejap. Ok kan?

OK..Aku dah merepek dan melencong.

Cadang mula-mula nak ke The Curve. Tapi sana mesti makhluk manusia penuh Ya rabbi. Lagi-lagi orang nak shopping sakan raya cina kan.

Then we thinking to visit Shu di Puncak Alam. Haf pun sampai sekarang belum tengok anak dia. Anak dia nak berjalan dah pun. Aku sendiri masa tengok pun anaknya sudah umur 6 bulan. Imagine? Tapi call dia tak dapat pulak. Rupanya dia demam.

So outing kali ini boleh consider hi-tea. Kami memilih Subang Parade sahaja. Takde nak main PAvillion ke K-Evenue ke ape tah bagai. Lupakan saja semua. Biasa we both bila tensi ke apa, penyelesaian nya makan + perabis duit. Kami berdua sahaja. Geng lain Shu & Zue sudah berkomitmen. So kami yang Jomblo sajalah bawa diri. Eceh!

(Sebab aku tak suka tempat sesak-sesak. Bukan bajet aku Paris Hilton, tapi aku serabut. Nak fikir parking lagi, Nak fikir makan lagi. Nak fikir tengok barang lagi. Tapi Bazarena di Stadium Shah Alam dan segala warehouse sale aku tak kesah bersesak-sesak, boleh? Memang boleh kau lempang aku sekarang! Hahahahah)

Orang lain hi-tea makan light jek..macam sandwich and coffe ke..tapi kami yang muka tembolok macam nak makan gajah ni ambik:


Mula-mula makan ini sama-sama sementara tunggu main course sampai

Haf punya sampai dah. Aku tolong tumpang rasa sekali sementara tunggu aku punya. Lasagna + Speghetti Bolognise

Lama tunggu baru datang fish & chip saya nih...Nice kan? last-last aku tak habis...demi tidak mengikuti amalam Syaitan Nirrojim Durjana, aku tapau bawak balik la...

Then ronda-ronda. Eh...lupa..say thanks to Haf kerana dia bermurah hati dan baik hati membelanja gue. (And suddenly, aku perasan sejak bila Haf minat pink colour?? Ni nama dia dalam hati ada tamann...hahahah)

OK..berbalik cerita ronda. Haf ingat nak beli kasut, usha kasut tapi tiba-tiba bertukar menjadi Handbag! Nice one. Aku? Aku dah kenyang nafsu membeli memang tahap rendah punya. Lagipon otak aku tak fikir nak beli apa pun.

Jenjalan, then balik makan Sundae. On the way hantar Haf, singgah rumah aku dulu.

Lepas itu macam biasa, setiap aktiviti aku mesti di sudahi dengan aktiviti di Kelana Jaya.

OKeh..Habis!

Kalau mood ada, mungkin boleh cerita hal lain..

Thanks again Haf. Ajak aku keluar. Kalau tak mesti jadi tukun aku.


Apsal Awal Nih? Damn!


Saya nak mulakan entry dengan ekspresi perasaan:

UwaaaaaaaaaaaaaaUwaaaaaaaa!

OK. Stop yelling! Stop crying too! Kalau tak kena sebat! OK..Fine, ambil tisu dan lap mata. and of course, sila lap hingus kau tuh. Tak semenggah okeh. Tak ayu langsung (bukan Ayu Raudhah okeh? Dia cun di hari kahwin dia..)

OK..tempek sikit gambar dia, boleh?

Nice kan?

Gambar boleh di cedok di mana-mana sumber internet. Sila Google untuk gambar eksklusif untuk pencuci
Omata. Kalau mahu lah. Thanks to Google bebeh!


OK. Lupakan cerita di atas. Tapi kau meratap bagai kenapa eh? Boleh sambung cerita.

YES.

Saya sudah ada uban! Dammmmmnn!

Alah, biasa lah tuh, sikit je. Orang lain pun ada.

No...no...sikit ke apa nya. Stress tengok...Oh! Nak crying semula. I'm turn to nenek soon. Nenek Single. Memang kasihan. Oh!


A lot ...a lot OK? :-(

Sad. Eceh ! (Alah...uban pun nak kecewa!). Eh...of course lah beb. Harus lah. Aku bukan bercucu lagi. Untuk orang lain small matter. But me? Errrrrrr...Kan orang cakap umpama mahkota wanita. Even kau bertudung, rambut perlu kau titik beratkan juga. Setuju?

Then cari Dr. Google. Dan dia cakap macam ni:

1) Paling utama terjadi adalah berkaitan dengan keturunan dan genetik.
--> Oh? Tidak dapat disangkal dinafikan. Mengikut observation aku, ibu saya sudah mula beruban sejak adanya anak ke dua (adik lelaki saya). Macammana saya tahu? Sebab saya yang bertanggungjawap mencabut uban tersebut sebelum mendapat "upah" dibenarkan keluar bermain-main (macam yang pernah saya ceritakan di entry TERLAJAK BERCERITA).


2) Uban tidak ada kaitan dengan usia.
--> sebab itu lah ada juga tengok makcik-macik auntie-auntie, pakcik-pakcik uncle-uncle masih belum beruban. Ada juga kelihatan anak-anak sekolah yang ada uban terselit di celahan rambut hitam nya

3) Pigmen tak sihat.
--> Hmmm...makna kata, kau kena jaga betul-betul, kasi sihat.

4) Stress berpanjangan
--> I must say...Mungkin juga

5) Kurang vitamin B12. Gizi makanan tak sihat.
--> Apa itu? dari mana nak dapat?

Wikipedia cakap:

"
Vitamin B12 boleh didapati dari makanan seperti daging (terutamanya hati dan kerang-kerangan), telur dan hasil tenusu. Bijirin sarapan diperkuat juga biasanya mempunyai vitamin ini, dan merupakan sumber utama untuk vegetarian dan vegan. Jadual 1 menyenaraikan pelbagai jenis sumber vitamin B12.

Vitamin B12 juga dikatakan banyak terdapat di dalam budu, yang merupakan makanan tradisional kesukaan rakyat Kelantan dan Terengganu. "

Oh? Budu? Makan budu hari-hari kah aku?huhuhuhuh...


6) Gaya hidup. Contohnya merokok, mewarna rambut
--> ERm..den tak merokok..huhuu..crying sekarang. Mewarnakan belum pernah juga...

OK...aku malas nak cari dah. Kau cari dan baca lah.

Point 1 & 4 boleh diterimapakai untuk saya.

Okeh...jom berjoget untuk keriangan hati...yeahh! (Kau ingat kau riang kau takkan ada uban eh?)

* Nampak gaya kena cari produk untuk membaik pulih sebelum terlambat
* Perlukah aku tidur bersama minyak kelapa? Huhuhuhuh
* Tengok ada uban, lagi tambah stress I...hmmm

Gatal Tangan


Okeh...

Aku gatal tangan.

OOpss! Jangan cop aku gatal dulu okeh. Aku bukan penggatal macam kutunggu jandamu ke apa okeh...


Zaman sekarang orang cakap "Gatal tangan" maksudnya tangan tak boleh duduk diam...atau mungkin certain cakap kuat meraba...hahaha...

Tangan kiri aku gatal tak sudah-sudah...Ada orang cakap mahu keluar duit. Ada jugak cakap yang terbalik...konon kalau kanan keluar duit, kalau kiri masuk duit.

Entah...

Isk...nak bagi ke tak nih? Nak masuk ke nak keluar nih? Iskk

So, of course lah aku think positive kan - Dapat duit, yeahh! Nak kata dapat durian runtuh/duit masuk. Gaji? Awal-awal dah dapat sebab tokey Cina kan...

Bonus? Hmmmm...Aku kerja sini belum pun setahun

Naik Gaji? Hmmmmm...seperti alasan di atas lah...Belum setahun pun. So tak payah mimpi kuat-kuat lah kan?

Menang hadiah? Hmmmmmmm...I'm not a lucky person biasanya...srott!sroott!

Tak kisah la mana-mana ye. Kalau sudah tanggungjawap, kenapa kena fikir keluar atau masukk kan?? Yang penting how to manage it. Life & Money tak boleh dipisahkan. Realistik kan?

Semoga rezeki milik ku lah...tak mungkin gatal tangan sebab nak dapat duit mas kahwin + hantaran pulak kan?? Tak logik langsung...Celah mana datang calon nya? Celah mana datang plan nya? hahahahha!


Errr...dreaming...huhuhu


Sunday, January 30, 2011

Suka-suka Jek! Kan Dah Dapat Warning!

Salam...

Satu cerita yang memang langsung tak hot. Malah orang tak mahu ambil port pon! Tapi kau kena tahu juga walau remeh.

Kejadian di Kelana Jaya lah. Berdekatan kedai parents ku. Ni aku nampak on the way aku jalan kaki nak ke Public Bank cek duit dan seterusnya berjalan kaki ke lori Nasi Lemak Mak Engku (ada siapa tahu?). Beli untuk mama yang teringin makan.

Saksikan dulu ah...cerita banyak, penat!

Amacam?

Hehehehe..

Garang semacam jek rasa warning dari penaja ni, kan?? Dipercayai ditulis oleh seorang wanita lah. Sebab tulisan dia cun! Errr..tapi...tulisan aku tak cun pon. Aku pon perempuan. Atau apakah??

Remeh saja kan? Tapi boleh buat orang sentap...Kalau kau lah, kau bayar petak parking kau. Area sudah la susah nak parking waktu hari bekerja. Then kau datang tengok parking kau kena rembat? Mesti macam rasa ape jek kan? Sentap tak kau? Lain lah kereta boleh lipat-lipat then masuk poket (dan ringan pulak tuh!). Sabar la jugak nak mengangkut masuk office kan? (Takkan boleh jadi realiti lah!)

Yang orang perembat tuh pon satu. Kalau buat hari tak bekerja takpe lah jugak. Ni pakai redah aje...adoi lah...

OK..cerita dah habis...kau nak buat apa pulak??


Thursday, January 27, 2011

Suami Romantik, Boleh Dapat Ke?


OK...finally...Lanjutan dari yang ITU


11) Bersifat pelindung. Sila faham..sifat pelindung adalah tidak sama dengan mengongkong. Pelindung berteraskan tanggungjawap. Manakala sifat mengongkong adalah berteraskan kepada cemburu which is not good. Cemburu buta apatah lagi. Sayang tau muka kau kacak-kacak segak kegilaan gadis-gadis bagai, tapi ada sifat mengongkong. Sangat la tak comel sebab kau menipiskan peluang kasih-sayang berkembang antara kamu dan pasangan. Sebab? ye lah...kau cemburu...GF kau baru nak tanam sayang, dah cambah rasa sayang macam benih nak tumbuh, kau marah-marah dia tiba-tiba sebab bersangka buruk tanpa usul periksa, terus kurang/mati rasa kasih dia kat kau tau.

Lindungi lah kami...
(image by Google)


Mungkin kau cakap "kalau sayang mesti u follow cakap I. If you go. Makna kata you tak sayang I". Padahal kau tau GF kau bukan jenis gedik ke nakal ngorat orang ke ape. Tapi sebab cemburu, kau fikir bukan-bukan then kau kasi sakit dia lagi---kau kongkong dia pulak. Kau tau tak sifat mengongkong itu macam serangan saikologi buat pasangan (tak kira la laki ke perempuan). Rugi tahu kalau terlepas seorang yang kau rasa sudah menepati segala ciri apa yang kau idam-idamkan, tapi melepas sebab kau silap langkah? Isk..isk...Imagine lah...Kalau kau ada pasangan yang sangat bersabar...kau sangat bernasib baik. Tapi harus lah ingat kesabaran manusia ada tahapnya. Renung-renungkan dan selamat beramal (eh?tiba-tiba jek)

Weh! Aku nak cerita pelindung ke kongkong ni? Ok Fine...pelindung itu adalah romantik..manakala mengongkong itu tidak sama sekali masuk dalam ciri romantik atau silibus penaakulan mantik (matematik nyer subjek).


12) Ketereran memujuk dan kerendahan diri dan hati dalam memohon kemaafan. Ha...amik kau! Panjang pulak ciri ini. Tapi betul. Kena mengaku betul. Kepandaian memujuk juga penting. Walau kamu sebenarnya tak pandai pun pujuk, tapi usaha dan ketulusan hari kamu boleh diambilkira sebagai ciri romantik. Ingat senang ke laki nak jatuh ego dia pergi pujuk? Bukan mudah ok? Kalau kau ada suami/BF yang tahu memujuk, cepat kau sujud syukur sekarang! Sebab kamu bertuah! Tapi tolong lah jangan kau 2-3 minit merajuk..3-4 jam merajuk..selang 1 minggu 1 kali merajuk...Tokei kedai jual tabla pun boleh fed-up. Tahu? Dan please lah..jangan ambil kesempatan dengan sikit-sikit nak merajuk. Tak comel tahu? Kau ada makwe macam ini, kalau kau habis sabar...elok lah kau..err...er....atau...kau berusahlah ubah dirinya supaya bertambah baik. Okeh?

The Hardest word to say?

OK..sebab laki ni terkenal dengan egonya. JAdi kalau memohon ampun maaf jika dia salah macam susah kita nak dapat juga kot. Macam kalau dia minta maaf dia rasa macam tercalar-balar ke apa tah. Tak dapat dipastikan. Kena tanya dia.

Pening nak pujuk? atau Malu? (Image by Google)

So kerendahan diri juga adalah ciri romantik. Eceh!!


13) Matang & Releven. Kematangan penting dalam perhubungan. Kena ada kematangan. Kalau kamu yang tak matang, dia mesti matang. Atau sebaliknya. Kena ada. Sebagai guide. Penting. Kalau tak, hal-hal tak releven mungkin berlaku. Contoh? Kau fikir lah sendiri apa-apa yang kamu tak releven. OK...Aku gatal nak bagi contoh.

Sebab dia lupa/lambat bagi makan Tikus Mondok kesayangan kau, kau merajuk taknak makan sama-sama dengan dia. Siap cakap taknak makan sampai 24jam. Nampak?

Apa releven nya tuh kau buat macam ini? Puas hati? Suka sebab bagi hukuman atau apakah?

Kita tak payah gaduh-gaduh lerr...
(image by Google)


Padahal tindakan matang ialah hanya berbaik semula. Bukan terbawa-bawa emosi melarat. Suasana pun tak tegang, tak gitu? Hal kecil je kan. Lain lah kau marah sebab dia pergi jumpa pakwe nombor 2-3-4 then baru kau.

Tuh aku sokong kau memang kena marah lah kan...atau mungkin dapat ayat "Bye bye..We end till here saje. Buatlah suka hati U". eceh!

Jangan nak complicated kan benda yang langsung "eleh". Boleh?


14) OK...aku anggap ciri terakhir aku nak list kan:- Memasukkan nama kamu dalam doanya. :-). Romantik. Sangat syahdu boleh berjuraian air mata kalau kau tahu. Eceh! Serius. Kamu jangan asyik dok doa nak murah rezeki kaya raya bagai. Tapi lupa nak masukkan nama orang yang sangat kau sayangi dan cintai seluruh jiwa kau. Apa nak malu? Allah dengar pun malu ke? Iskkk...

Patutlah ada lagu "Ingat ku dalam doa-mu". Fuuuhhh...

Doa banyak-banyak ye...apa kamu mohon?

Ok..nah..14 point aku bagi. Tapi aku rasa sudah macam bukan entry romantik. Kan aku cakap aku tak romantik.

Segala aku tulis, kalau ada terguris, terasa saya dengan kecil diri memohon kemaafan kepada kamu ya...


* penat aku fikir weh...aku tak pernah fikir sebarang ciri-ciri weh...macam buat assigment jek!
* Aku suka tengok pakcik makcik petang-petang joging sama-sama. Jalan. Atau Ibu+ayah bawak anak bersiar-siar pimpin tangan keliling padang tengok orang main bola sepak ke...main layang-layang ke..sweet jek.
* Macam Dr. Love jek aku ni..padahal hampeh tak tahu!

Akhir kata, aku tak salahkan kau kalau kau cakap "Ini ke romantik??". Setiap individu mempunyai definisi dan persepsi berbeza.

Walaubagaimanapun. Aku rasa hampir kesemua di atas hanya MIMPI. Sebab takde yang sempurna. Apa yang boleh kita buat?? Terima seseorang seadanya dan dalam masa yang sama, masing-masing cuba improve diri. Itu lagi baik dari kau berpura-pura..

Wassalam...aku chow...entry entah apa-apa aku kupaskan tah! Harap tak ada entry berbentuk begini. Pening jek aku rasa...hahaha

Muahhxx!