Wednesday, May 8, 2013

Saya dan Tanah (Sempena PRU13 Malaysia)


Ditulis dari rasa hati setelah PRU13 Malaysia selesai...
Saya ada tanah. Bukan untuk dijual/disewa/dilelong. Tapi - untuk dikongsi. Walaupun tanah saya ini kecil, tapi dia subur. Jadi boleh lah menyara hidup dengan hasilnya nanti. Selain itu, ada juga terdapat galian berharga. Memang molek sangat. Boleh sara kehidupan zaman berzaman kalau tak di salah guna. Nak berjimba-jimba pun tiada masalah lah.

Saya sayang tanah ini. Sebab ini sahaja yang saya ada. Saya tak boleh bayang kalau tanah ini hilang. Sebab ini lah tempat asal saya. Saya membesardi sini. Kalau boleh, bila kongs-kongsi tanah yang comel ini, saya mampu mewujudkan lingkaran kasih sayang, membina sokongan antara satu sama lain. Nanti asas begini kuat, saya yakin saya mampu mengukir senyuman yang bukan palsu. Saya tidak mahu jadi yang tidak elok. Bayang kan kalau tanah saya ini hilang, agak-agak, manakah kaki ini melangkah? Kalau melangkah pun, adakah langkah saya itu diterima di tanah baru? Adakah layanan yang saya dapat sama dengan tanah saya ini. Atau saya terpinggir atau terpencil atau barangkali berlari-lari sembunyi takut? Sebab itu saya ajak kongsi-kongsi dan sama-sama jaga.

Saya nampak tanah saya ini banyak potensi baik-baik. Sebab ramai yang suka sebenarnya. Suka tengok-tengok, menghayati. Tak kurang juga yang suka nak ambil/rampas. Haaiiipp! mana boleh...Saya sangat menghargai saya tanah ini.

Saya tak boleh bayang kalau:

1- Saya seorang Melayu pergi ke negara Melayu lain, adakah saya akan dapat seperti apa saya dapat sekarang?
2- Saya seorang Cina pergi ke negara China (atau tempat cina lain), adakah saya akan dapat seperti mana saya nikmati sekarang?
3- Saya seorang India, pergi ke negara India, adakah saya dapat merasai manisnya kehidupan macam saya dapat sekarang?
4- Kalau saya bukan tergolong dari 3 yang atas, jika saya ke tempat lain, adakah saya dapat apa-apa kelebihan yang saya pegang sekarang?

Saya fikir tidak. Sebab hujan di tanah sendiri jauh lebih baik, lebih nikmat, lebih manis dari tanah-tanah lain.

Sebab itu saya harap sangat cahaya kasih sayang, muafakat, kekitaan, keakraban, sokongan selalu ada di tanah saya ini.

Saya sayang tanah saya.

Tanah saya - MALAYSIA
Saya ialah - RAKYAT MALAYSIA

Siapa sayang MALAYSIA? Angkat tangan sambil jawap "SAYA". Ramai-ramai jawap "SAYA" , akan bertukar menjadi "KAMI". KAMI itu siapa? KITA lah. KITA itu ialah RAKYAT MALAYSIA.
 

 

Friday, April 12, 2013

Aku dan Peperangan Gula-gula



Assalamualaikum semua. Apa Khabar nih? Lama gila tak menaip. Sebab? Jari malas sangat nak type. Kalau taype confirm mengarut.

Jadi! ari ini saya merajinkan diri. Merajin kan diri membelek gambar. Banyak gila OK! Kalau dulu asal ada masa lapang, jari ini akan terkedek-kedek lah mengedit gambar serba sedikit. Kemudian dengan syok sendiri akan menepek gambar-gambar yang tak berkaliber untuk tatapan mata sendiri dan para follower yang gitu-gitu banyaknya. Lagi pun, saya bukan pandai pun nak menjana pendapatan melalui Nuffang saya itu. Sunguh-sungguh saya tak pandai. Tak tipu. Siapa boleh ajar?

OK, sejak mengalami kemalasn nak tempek signature dekat gambar, teka apa saya buat? Saya main game oii! Terjebak Candy Crash secara sengaja. Sengaja? Sebab baca status kawan-kawan...lepas tuh hati gatal nak tahu apa best sangat pendalah tuh! So Jari pun turut gatal tekan Apps dan Search Candy Crash Saga dan.... Installed!!! Tara!!

Masuk hari ni dah hari ke 3 saya mendalami kemaruk Candy yang selalu merasuk-rasuk kawan saya ini. Buat masa ini main stok macam anak ikan je. Tak terer langsung. 3 hari... stage 33 jek baru..Jauhh woo perjalanan! Tapi saya dah kena rasuk 10% bahana Candy Crash nih.

Ni sebabkan masa saya dah habis tak bole main kene tunggu turn Candy lah saya pun bermain blog yang telah dianaktirikan. Anak tiri ke anak terbuang ha??

Sapa-sapa yang dah terjebak dan terus terjebak...salurkan perasaan anda di sini. Macam saya...geram kot rasa...

 Ha..lagi 8 minit kene tunggu...sabar ye..sabar



Babai!

* lah...itu aje aku nak cerita?? Sorry la kawan-kawan. Saya memang tiada mood nak edit gambar. Anyway..heyy!! Mengundi tak lama lagi. Jangan tak pangkah pula. Pangkah Candy kau rajin...Pangkah demi negara dan masa depan tak rajin pula! Mana aci...

Thursday, January 31, 2013

Sepi sebuah Blog


Assalamualaikum semua...

Sepinya rasa. Rasa macam tengah berdiri dekat tengah-tengah kutub utara. Sejuk beku. Walhal sejuk aircond ni ha. Atas kepala sahaja.

Blog pun macam tuan dia juga. Sejuk. Sepi. Eh...apa pasal Nuffnang aku tuh macam tak bergerak-gerak ha? Apa pasal kamu-kamu tak tolong klik kan? Jemu ye blog nih? (dah tentu takde sesiapa nak klik sebab pengunjung pun belum tentu ada..apa la kau...)

Saya sedang mencipta mood ni. Sebab itu type secara rambang. Bukan rambang mata. Kalau rambang mata elok dielakkan tapi kalau ada banyak wang mungkin boleh diberi kebenaran sehingga maksima 30%. Tapi paling bahaya tentang rambang ialah hubungan rambang! Bahaya tau! Jangan la nak cari pasal.

OK lah. Tolong lah klik-klik Nufnang den kot-kot la singgah sini kan...Bole lah mak menabung beli Kolagen (eh...tiba-tiba kauu)

Bye!



 

Wednesday, January 16, 2013

OK, Kekuatan diperlukan. Entry terbantut.: Reunion


Assalamualaikum.

Saya rasa saya harus membawa sebiji bantal yang cantik ke office. Tidur? No no no. Tabiat itu telah lama saya tinggalkan sejak saya berhijrah ke office baru. Tapi kalau kondisi adalah seswaiiii...aku syak aku akan tidur juga. 

Apa-apa hal pun. Saya belum pernah buat perangai tak jelita. Segan la weh. Bawah tuh ada sofa empuk tapi aku ni kaum minority. Mana mungkin aku nak berlingkar-lingkar dekat sofa itu. Seriously aku rasa pinggang aku sakit. Ya Allah, lepaskan aku dari kesakitan ini. Atau aku alpa nak jaga diri. Bajet macam hulk hogan. angkat barang berat? May be...hmmm

OK lah. Apa lah kene mengena kisah bantal dengan tulang belakang aku dengan reunion. Tapi tak apa. Walau dah lama jadi. 11.11.2012, tapi rugi lah tak tempek. Tiada makna lah lah aku main snap-snap budget gambar semua cantik menawan dan tak tempek kan? Kan kan aje lah ye..

Lagi pun, entah bila lagi kami ketemu semula kot? Punya lah lama. Tahu-tahu dah beruban bagai. Hehehehe

Lokasi...

Masa itu. Musim hujan tak menentu. Tapi sebab nak bagi jadikan juga aturcara ini, maka modus operandi eh tentatif program diawalkan. Seawal fajar menyinsing kauuu.. Jam 10pagi gitu. Tapi...almaklum lah...Janji Melayu. Janji Melayu maksudnya tak menepati masa. Agaknya wujudnya "simpulan bahasa" ini mesti ada sebab musabab nya. Aku ingat zaman dulu-dulu lagi telah berlaku hal kelewatan kot. Haiihhh. Apa-apa hal amalan tidak menepati masa ini adalah kurang comel hendaknya. Kalau zaman pakwa makwa kalau lambat memang la tak kena marah kot. Tapi kalau zaman laki bini harus ada yang cancel planning terus. Isk..hadei..
 

Batch yang datang awal. Tepuk tangan! Pung pang pung pangg! Waktu ini dah ada 5 orang perempuan. Asni tak termasuk pula dalam gambar. Hahaha!

Apa-apa pun den tak salah kan yang lewat juga. Sebab faham sangat masing-masing ada urusan lain dan perlu menyelesaikan yang utama dan telah berusaha sehabis baik untuk menghadiri majlis ini. Memang gua terharu. Eh gua-gua pula dia.  Walau ada yang lewat..tambah dengan diri akak yang terkocoh-kocoh nak balik bagai sebab schedule janji dengan orang dah berlarian (marathon!)

Sebab kan datang awal, maka kami-kami sempat lah berlakun-berlakun bagai macam aksi 1000 tahun tak jumpa. Tapi hampeh. Muka semua keras. Maklum la bakat seni lakun layar tak membiak dalam jiwa kami. Hahaha. Kami redha. Kalau tak mesti salah seorang dari kami-kami ni menang Pelakon Terbaik. Cikai-cikai Pelakun Harapan. Nahhhhhhhhh..berangan.


Aksi lakun layar di pagi hari...betapa keras nya aksi. Konon dialog "apa kahabar orang kampung...lama kita tak berjumpa" (ehh...ni lirik lagu kah??)

Amboi...angkat tangan habis..punya la kuat gebang...


Salam minta ampun..

Setting meja... Gua ingat nak beli la portable table ni. Bagus ni. Kot tayar pancit bole setting kerusi meja tepi jalan sambil tunggu bantuan. Bernas kot idea gini eh? Hahaha

Jadi marilah kita main tulis-tulis nombor hadiah. Sebab AJK tukang buat nombor (aku lah tuh) tak buat kerja. Wakakaka..


Sebab di kalangan kami terdiri ramai ibu-ibu dan isteri-isteri..maka urusan nak atur-atur tikar bukan lah masalah besar sangat. Petik jari je kot.


OK. Beransur-ansur ramai sudah ahli yang hadir. Dalam total 18 orang ek 19 orang gituh. Wa caya sama u all. Yang kata nak hadir dalam 24 orang. Tapi tidak mengapalah kan. Nak buek acaner... So sebab ahli dah ramai. Apa lagi??? Kita isi perut lah dulu. Gigih kot semua sedia makanan. Makanan mengalahkan nak jamu 50orang kot. Walhal ada dalam 18 je. Ada la 2-3 kerat bawa suami. Anak-anak pun ada. Kecik-kecik cenonet je lagi pon. Makanan semua memang marvelous. Ya Allah ya Tuhan kami, terima kasih atas setiap rezeki yang kau berikan... Syukur

 Den bawa penne goreng sukahati. Gasak lah.


 Dua version. Version pedas dengan tak pedas. Anak-anak pun ada kan. Sebab takut ada yang elergik seafood, den tak letak.  Telur pun tak letak. Letak tahu hancur-hancur kan jek. Letak cendawan. Letak banyak sayur bagai sampai kan aku pun nak pitam tengok sayur banyak gila. Healthy la sangat ni kan..?


 Pavlova by Puan Zura. Ya Allah. Sengat sedap. Tak manis gila. Memang masuk mulut sedappp jek. Zura. Please buat lagi. We love it so much!


Roti jala dan kuah nya by Cik Hasni. Pandai Hasni menjala. Memang tak menyesal buat menantu. Sebab nanti raya mesti ada yang pakar buat. Kan? best best. Pukul berapa la agaknya kau mula menjala eh?


Bruchetta by Puan Safa. Dia bawa dua hidangan barat. Ececece. Satu tuh yang sosej pendek digulung roti tempek cheese. Kids loveeeeeeeeeee so much. Even yang tua-tua purba ni pon suka. Semangat aura nak ke Canada tak lama lagi nih...







 
 Beberapa hidangan yang belum muncul dalam ini gambar lagi. Tapi percayalah. Memang banyak makanan. Dengan sandwich. Dengan kuih muih. Jajan semua. Belum masuk air lagi tuh... Ais krim pun ada you olllss!


Ya Allah. Aku rasa tiap kali muka muncul, semua orang rasa teruja. Menjerit panggil nama. punya la sakan kawna-kawna den. Rindu weh. Rindu.



Muka-muka menikmati selera...


Sebab nak memeriahkan suasana, kami-kami bersepakat nak main tukar-tukar hadiah. Wal hal dah tua. Nak juga feeling budak-budak. Eh..kami muda lagi apa? sweet 18 kot? Hahahha!


Hadiah-hadiah nak bagi kepada semua yang bertuah pada hari ini. Semuanya bertuah gituhh. Errr..yang air oren kamea DSLR semua tuh tak masuk senarai eh....


Nak bagi lagi seronok, siap main tarik-tarik nombor tau...gasak lah...sekali tiap 12 tahun kot? atau..entah?

 
Sebab kan aku tukang bawa plastik nombor, memang kelihatan aku gelamer di sini..semua scene ada muka aku...hahaha...berebut-rebut







Aksi tarik nombor. Tarik macam gangster kot? Semua orang doa dapat baekkk punya...tapi memang semua hadiah baekkkk punya...


Jom tengok muka bercahaya sebab dapat hadiah. Lama da tak dapat hadiah nih...

Hadiah nombor 1 - Lina dapat dari aku... (set periuk memasak 7 pieces)


 Hadiah nombor 2 -  Erma dapat dari yus.. (apa dapat eh?


Hadiah nombor 3 -Lina kepada Yus (apa eh?)




Hadiah nombo 4 - Dari Zura kepada Faiz...ya a aauu..wangi ko Faiz ..haha (shower gel youu)



Hadiah nombor 5 - Ayu (Anak Amoy) dapat dari Asni...dia pun main tau..Tq Ayu...(apakah?)

 Hadiah nombo 6 -  Dari Erma kepada Safa.. (apakah??)_


Hadiah nombor 7 aku dapat dari Achot - "Malam Pertama di alam Kubur"


Hadiah nombor 8 -  Dari Safa kepada Achot (apakah eh?)


Hadiah ke 9 -  Zura dapat dari Sue! (Rehal)




Hadiah ke 10 - Dari Liyana kepada Elham (jam)




Hadiah ke 11 - Dari Faiz kepada Liana (terang bersuluh - T-shirt OK!!)





Hadiah ke 12?? Dah berlaku pertelingkahan. Siapa dapat nih?? Siapa punya angkara tulis dua kali? ni angkara kami borak2 masa sesi main tulis-tulis nombor lah nih..wakakak! 




Penyelesaian?? OOOzzzzooomm pleasee! Macam anak-anak OK. Mereka berebutkan hadiah Elham..hahaha




Finally...the 12th place dapat kepada.... Sue! Dapat buku Ustaz Azhar Idris...syok nih..hihih... Errr..Hasni? Mana gambar dikau ha? Dia dapat dari Amoy kot...




OK.. Jaja I tak sempat sangat jumpa..huhu..


OK. Tak larat dah nak tulis. Kalau simpan jadi draft nescaya mesti ditelan arus zaman. Silap-silap tahun 2020 pun tak publish lagi. Bawah ni reka la apa caption eh? Hahaha...Saya sukaaaaaa...ni semua antara suasana. Kalau ditempek...banyak gila...serius..banyak!!




Anak-anak...








Bukan anak-anak lah...hihih...oh...banyak gila gambar...reka lah caption sendiri (kalau mahu)..


Till here. Bye! Agak-agak bila ada lagi nih kan? Pheww! REally love and appreciated this moment...ohhh